Jurulatih skuad bola sepak wanita Malaysia, Joel Cornelli percaya faktor padang tiruan tidak akan menggugat rentak pasukan itu.
Malaysia berada dalam Kumpulan H pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026 bersama Palestin, tuan rumah Tajikistan dan kuasa bola sepak wanita Asia, Korea Utara.
Aksi pertama di Stadium Central, Dushanbe menyaksikan anak buah Cornelli beraksi di atas padang tiruan.
Meskipun mengakui padang tiruan bukan padang kegemarannya, beliau percaya faktor tersebut tidak akan menggugat rentak Malayan Tigress.
Malah, mereka dilihat beradaptasi dengan baik di padang tiruan semasa berada di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Tajikistan.
“Tapi bila anda bermain dalam kejohanan seperti ini, ya anda perlu bermain di atas padang tersebut dan kita cuba beradaptasi. Kita cuba semasa saya berada di Kuala Lumpur untuk beraksi di padang tiruan.
“Saya ulang macam sukan lain, (padang tiruan) ubah kelajuan bola, kelajuan bola dan kefahaman bila bola boleh direbut.
“Ia boleh diubah dan pemain kita semakin membiasakan diri (dengan padang tiruan) bila beraksi di Malaysia,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Malaysia telah mengharungi dua ujian pemanas badan apabila meraih kemenangan ke atas skuad wanita UAE baru-baru ini.
Malayan Tigress akan membuka kempen Kumpulan H dengan menentang Palestin pada 29 Jun.