Aksi terakhir peringkat kumpulan menyaksikan pertembungan antara Malaysia vs Singapura.
Perlawanan ketiga menyaksikan Singapura tunduk 4-2 di tangan Thailand manakala Malaysia menerima nasib sama apabila tewas 1-0 di Rajamangala.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti optimis untuk melakar kemenangan di laman sendiri sambil menagih sokongan padu rakyat Malaysia.
“Sangat teruja untuk kembali ke Bukit Jalil untuk aksi kali ini selepas beberapa hari yang penuh naik turun serta pelbagai perkara yang berlaku,” ujar Pau Marti pada sesi sidang media pra-perlawanan.
“Perkara yang kami boleh kawal adalah apa yang dilakukan di dalam latihan serta dapatkan yang terbaik daripada pemain, pastikan mereka bersedia dan rangka pelan untuk tewaskan Singapura,” tambahnya.
Pengendali Singapura, Tsutomu Ogura melihat pasukannya perlu menang ke atas Harimau Malaya jika mahu layak ke separuh akhir ASEAN Championship 2024.
“Perlawanan ini cukup penting, kita mesti menang. Kita tiada apa nak dirugikan, tiada apa. Pemain juga katakan perkara sama. Ia cukup penting sama seperti perlawanan lain.
“Saya beritahu mereka setiap masa bahawa kita mesti mencuba yang terbaik. Tapi kita juga perlu bersedia untuk perlawanan lain di mana itu lebih penting. Itu yang kita aplikasikan untuk aksi terakhir (Kumpulan A),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Rekod Pertemuan Malaysia vs Singapura
Malaysia berjaya melakar kemenangan besar 4-1 ketika pertemuan menentang Singapura pada aksi ASEAN Championship di Bukit Jalil.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapura
Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura
Tarikh: 20 Disember 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.