Advertising
Tsutomu Ogura Bawa Misi Hidup Mati Singapura
MakanBola
FA Singapore

Pengendali Singapura, Tsutomu Ogura melihat pasukannya perlu menang ke atas Harimau Malaya jika mahu layak ke separuh akhir ASEAN Championship 2024.

Singapura turun dengan misi memburu kelayakan ke separuh akhir ASEAN Championship 2024 selaku naib juara Kumpulan A. The Lions menduduki tempat kedua kumpulan dengan dua kemenangan dan satu kekalahan.

Ad

Kekalahan 4-2 di tangan Thailand menyaksikan pasukan itu perlu berdepan dengan Malaysia untuk memburu slot kelayakan ke separuh akhir.

Ad

Meskipun prestasi semasa dilihat memihak Singapura, pasukan itu masih dihantui kekalahan 4-1 di tangan Malaysia dalam aksi kumpulan ASEAN Championship 2022.

Dua gol Stuart Wilkin, Darren Lok dan Sergio Aguero memastikan Harimau Malaya berjaya layak ke separuh akhir. Faris Ramli menyumbat gol saguhati buat Singapura dalam aksi berkenaan.

Ad

Atas sebab itu, Ogura berharap dapat memadamkan memori pahit The Lions di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2020.

Ad

“Perlawanan ini cukup penting, kita mesti menang. Kita tiada apa nak dirugikan, tiada apa. Pemain juga katakan perkara sama. Ia cukup penting sama seperti perlawanan lain.

Ad

“Saya beritahu mereka setiap masa bahawa kita mesti mencuba yang terbaik. Tapi kita juga perlu bersedia untuk perlawanan lain di mana itu lebih penting.

“Itu yang kita aplikasikan untuk aksi terakhir (Kumpulan A),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Malaysia dan Singapura bakal berentap buat kali ke-76 di peringkat antarabangsa di SNBJ pada 20 Disember ini.