Aksi kedua ASEAN Championship bakal menemukan antara Malaysia vs Timor Leste.
Permulaan kurang baik berlaku kepada kedua-dua pasukan selepas Harimau Malaya berjaya diikat oleh Kemboja dengan keputusan 2-2.
Thailand pula menjadikan Timor Leste mangsa belasahan apabila menundukkan lawan dengan jaringan 10-0 di tempat lawan.
Pau Marti berharap agar anak buahnya dapat melakar kemenangan pertama di tempat sendiri pada 11 Disember.
“Aksi (menentang Timor Leste) ini amat penting. Ini bukan aksi persahabatan, ini kejohanan antarabangsa. Kita mahu pergi jauh dan kita mahu mendapatkan tiga mata.
“Aksi menentang Kemboja, kita terlepas peluang mendapatkan tiga mata. Saya fikir ia satu aksi yang sukar dan atmosfera yang baik, jadi saya harap kita dapat wujudkan atmosfera yang baik di sini di stadium kita,” katanya.
Pengendali Timor Leste, Simón Elissetche mahu memastikan anak buahnya turun dengan aksi terbaik di Bukit Jalil.
“Sudah tentu apabila tewas, kita perlu melihat aksi dan analisis kembali. Kita mahu jadi pasukan lebih baik berdepan Malaysia dan perlu terus maju,” katanya ketika sesi sidang media pra-perlawanan di Bukit Jalil, hari ini.
Rekod Pertemuan Malaysia vs Timor Leste
Malaysia merekodkan 5 kemenangan dalam 5 pertemuan terakhir dengan Timor Leste termasuklah kali terakhir bertemu pada tahun 2019.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Timor Leste
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Timor Leste
Tarikh: 11 Disember 2024 (Rabu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.