Advertising
Timor Leste Sasar ‘Rantai’ Malaysia Di Bukit Jalil
Piala AFF
MakanBola
FF Timor Leste

Timor Leste turun dengan misi besar berdepan Malaysia di Bukit Jalil.

Skuad negara berjaya meraih satu mata di tempat lawan menentang pasukan ke-180 dunia, Kemboja manakala Timor Leste tewas besar 10-0 kepada juara bertahan, Thailand.

Ad

Pasukan pelawat berazam untuk terus memberikan yang terbaik sungguhpun sedar cabaran sukar beraksi di tempat lawan.

Ad

Perkara ini dinyatakan oleh pengendali Timor Leste, Simón Elissetche yang mahu memastikan anak buahnya turun dengan aksi terbaik di Bukit Jalil.

“Kami bersedia untuk aksi menentang Malaysia. Kita menganalisis potensi pemain yang diturunkan, kita tahu akan berdepan dengan pasukan yang baik. Pemain mahu beraksi lebih baik berbanding aksi sebelumnya.

Ad

“Sudah tentu apabila tewas, kita perlu melihat aksi dan analisis kembali. Kita mahu jadi pasukan lebih baik berdepan Malaysia dan perlu terus maju,” katanya ketika sesi sidang media pra-perlawanan di Bukit Jalil, hari ini.

Ad

Beliau melabel pasukan Harimau Malaya antara pasukan terbaik selepas Thailand dalam kumpulan ini namun tidak mahu mengalah lebih awal.

Ad

“Sudah pasti kita mahu meraih kemenangan tetapi seri amat baik berdepan pasukan seperti Malaysia. Kami mahu berkembang dan cipta sejarah untuk meraih mata dalam kejohanan ini.

“Kita perlu mengembalikan moral pasukan dan terus bersaing . Kita berharap dapat beraksi lebih baik dan dapat membantu aksi menentang Singapura dan Kemboja,” tambahnya.

Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia manakala pasukan yang terkenal dengan jolokan Lafaek kini berada pada kedudukan ke-196 dunia berdasarkan kemas kini FIFA.

Aksi antara Malaysia vs Timor Leste dijadualkan berlangsung pada 11 Disember jam 9 malam di Bukit Jalil.