Live: Malaysia vs Vietnam, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kejuaraan B-17 ASEAN
MakanBola
FA Malaysia

Tonton aksi Malaysia vs Vietnam dalam perlawanan akhir Kejuaraan B-17 ASEAN secara langsung dari Gelora Delta Sidoarjo.

Perlawanan akhir Kejuaraan B-17 ASEAN bakal menemukan Malaysia vs Vietnam yang turun merebut gelaran juara edisi 2026 dengan skuad muda negara memiliki misi mengulangi kejayaan hebat 7 tahun lalu.

Walaupun berdepan ujian hebat menentang Vietnam, namun Malaysia yang dibarisi pemain lebih muda ini berjaya melakar kejutan sehingga mampu melangkah ke perlawanan akhir kali ini.

Anak didik Shukor Adan mempamer kebangkitan cemerlang apabila mencatat 3 kemenangan berturut-turut ke atas Laos, Timor Leste dan Indonesia tanpa sebarang bolos untuk mara ke final.

Sedar dengan kekuatan yang dimiliki Vietnam, Shukor Adan melihat pendekatan taktikal berbeza akan digunakan setelah Malaysia B-16 tewas di tangan lawan yang sama di peringkat kumpulan lalu.

”Kita tahu Vietnam adalah pasukan yang agak kuat, (dengan) menjaringkan 16 gol dan bolos hanya satu jaringan.”

“Dari segi pendekatan taktikal, kita akan pergi tapi dengan berlainan pendekatan pada perlawanan akhir nanti,” komen Shukor Adan mengenai perlawanan akhir ini.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam

Info Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam

Tarikh: 24 April 2025 (Jumaat).
Masa: 8.30 malam waktu Malaysia.
Venue: Gelora Delta Sidoarjo, Gresik, Indonesia.
Siaran Langsung: akan dikemas kini.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.