Live: Myanmar vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran TV ASEAN Hyundai Cup
MakanBola
Lao FF

Tonton aksi Myanmar vs Malaysia dalam perlawanan pertama ASEAN Hyundai Cup 2026 secara langsung dari Yangon.

Aksi pembukaan kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 menyaksikan pertemuan antara Myanmar vs Malaysia menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air bagi memulakan kempen edisi ini dengan langkah kanan.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe hadir ke bumi Myanmar dengan persiapan singkat namun misi 3 mata kekal sebagai satu keutamaan dengan nama-nama seperti Paulo Josue, Azri Ghani serta Wan Kuzain jadi taruhan.

Menjelang aksi tumpuan ini, jurang ranking kedua-dua negara tampak mula menjadi bualan memandangkan Malaysia dianggap sebagai pasukan pilihan, mengambil kira posisi terkini pasukan Harimau Malaya dalam carta ranking FIFA.

“ Kami melihat kualiti pasukan Myanmar. Mereka bermain dengan intensiti yang baik, kerja berpasukan yang cukup baik, semangat juang yang baik dan memberi tekanan tinggi,” ulas Tan Cheng Hoe ketika sesi sidang media praperlawanan.

Kesebelasan Utama Myanmar vs Malaysia

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Myanmar vs Malaysia

Tarikh: 25 Julai 2025 (Sabtu).
Masa: 6 petang waktu Malaysia
Venue: Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar.
Siaran Langsung: Youtube dan Facebook ASEAN United FC (VPN Myanmar).

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com