Live: Nam Dinh vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Shopee Cup
MakanBola
Thep Xanh Nam Dinh FC

Tonton aksi Nam Dinh vs JDT bagi perlawanan terakhir kumpulan B ACC Shopee Cup secara langsung dari Vietnam.

Pertemuan Nam Dinh vs JDT menjadi salah satu perlawanan yang ditunggu-tunggu peminat tatkala kedua-dua kelab kini sedang berada di kedudukan teratas kumpulan B buat masa ini.

Kehadiran JDT ke bumi Vietnam pastinya dengan misi untuk memburu kemenangan mutlak tatkala Nam Dinh pula hanya memerlukan keputusan seri untuk kekal di puncak kumpulan B.

Pertembungan kedua-dua kelab ini juga menarik perhatian ramai apabila bakal menemukan dua ‘mesin gol’ hebat iaitu Bergson dan Xuan Son yang kini mendahului carta penjaring terbanyak.

Kesebelasan Utama Nam Dinh vs JDT

Info Siaran Langsung Nam Dinh vs JDT

Tarikh: 5 Februari 2025 (Khamis).
Masa: 8.30 malam waktu Malaysia.
Venue: Stadium Thienh Truong.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.