Aksi tumpuan Liga Super pada Sabtu menyaksikan Penang vs Selangor di Stadium Bandaraya.
Kedua-dua pasukan telah bertemu pada Ahad lalu dalam aksi MFL Challenge Cup yang menyaksikan Selangor merekodkan kemenangan 1-0 hasil gol sendiri oleh pemain Penang, Rafael Vitor.
Kali ini, sudah semestinya Penang yang dibimbing oleh Wan Rohaimi mahu menebus kekalahan minggu lalu dan meraih kemenangan di laman sendiri dan memperbaiki kedudukan liga.
Smeentara Selangor yang ketika ini berada di tangga kedua Liga Super pastinya turun dengan misi penting bagi meraih kemenangan ke-8 berturut-turut sejak di bawah kendalian Katsuhito Kinoshi.
Kesebelasan Utama Penang vs Selangor
Akan dikemaskini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Penang vs Selangor
Tarikh: 25 Januari 2024 (Sabtu).
Masa: 8.15 Malam.
Venue: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.