Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia kembali menemukan dua pasukan Borneo, Sabah FC dan Kuching City FC.
Sang Badak membawa bekalan satu gol selepas menewaskan The Cats 1-0 di Kuching pada 15 Disember lalu. Farhan Roslan muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada separuh masa pertama.
Rekod pertemuan lalu dilihat memberi kelebihan kepada Sabah. Ini kerana pasukan yang dibimbing Martin Stano itu meraih kemenangan tujuh kali daripada sembilan pertemuan sebelumnya.
Selain itu, Sabah juga kekal tanpa kalah dalam tujuh perlawanan semua kejohanan termasuk saingan Liga Super. Kali terakhir Sang Badak tewas ialah aksi menentang PDRM FC pada 21 September lalu.
Meskipun begitu, Kuching City dijangka menggunakan aksi ini untuk merealisasikan impian meraih kemenangan sulung ke atas Sabah.
Pasukan tersebut turut memiliki ramai tonggak yang mampu mencabar kedudukan Sang Badak seperti Jordan Mintah, Shamie Iszuan Amin, Petrus Shitembi dan Ramadhan Saifullah.
Kesebelasan Utama Sabah vs Kuching City
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Sabah vs Kuching City
Tarikh: 23 Disember 2024 (Isnin)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Likas, Kota Kinabalu
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.