Advertising
Piala Malaysia: Sabah Kecewakan Kuching City Di Laman Sendiri
MakanBola
Sabah FC

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Sabah berjaya menewaskan Kuching City dengan jaringan 1-0 di Stadium Negeri Sarawak.

Aidil Sharin membariskan pemain-pemain seperti James Okwuosa, Moses Atede, Petrus Shitembi, Ramadhan Saifullah dan Tchetche Kipre bagi melawan cabaran Sabah.

Pengendali baharu Sabah, Martin Stano pula mempertaruhkan pemain seperti Daniel Ting, Stuart Wilkin, Dominic Tan, Saddil Ramdani serta Irfan Fazail.

Ad

Aksi babak pertama menjadi milik Sabah apabil Farhan Roslan mencetak gol pertama perlawanan pada minit ke-32 menerusi tandukan dalam kawasan kotak penalti.

Ad

Kuching City cuba untuk bangkit tetapi gagal meraih jaringan sehingga tamat aksi separuh masa pertama sekaligus meletakkan Sabah 1-0 dihadapan Kuching City.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa siri percubaan namun gagal menghasilkan sebarang gol.

Ad
Ad

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan yang menyaksikan kemenangan tipis berpihak kepada Sabah untuk aksi suku akhir pertama.

Ad

Berbaki satu minggu untuk skuad kendalian Aidil Sharin untuk bangkit pada aksi seterusnya setelah kekurangan satu gol menerusi kedudukan agregat 1-0.

Sabah dan Kuching City akan berentap untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia pada 23 Disember kelak di Stadium Likas.