Tonton aksi Selangor vs BG Pathum bagi perlawanan terakhir kumpulan A ACC Shopee Cup secara langsung dari Stadium MBPJ.
Pertemuan Selangor vs BG Pathum bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak serantau ketika mana kedua-dua kelab akan turun demi 3 mata untuk layak ke separuh akhir nanti.
Prestasi konsisten Selangor hasil 5 kali menang selain satu keputusan seri sejak berada di bawah bimbingan Kim Pan-gon bakal menjadi satu nilai tambah kepada Gergasi Merah untuk aksi ini.
Sementara, BG Pathum menyuarakan keyakinan mereka bagi membawa balik kemenangan dengan Masatada Ishii sebagai jurulatih memaklumkan kesemua pemain The Rabbits dalam keadaan terbaik.
Kedudukan terkini kumpulan A menyaksikan Selangor berada di tangga teratas hasil pengumpulan 8 mata, diikuti rapat BG Pathum yang ketinggalan satu mata di tempat kedua selepas 4 perlawanan.
Kesebelasan Utama Selangor vs BG Pathum
Info Siaran Langsung Selangor vs BG Pathum
Tarikh: 4 Februari 2025 (Rabu).
Masa: 8.30 malam.
Venue: Stadium MBPJ.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.