Tonton Selangor vs Buriram United dalam aksi final Shopee Cup secara langsung dari Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Pertembungan Selangor vs Buriram United menjadi tumpuan peminat bola sepak di rantau ASEAN dengan wakil negara itu berdepan tugasan getir untuk mencabar kejuaraan dari juara bertahan.
Sungguhpun begitu, Selangor enggan menyerah kalah dan bersedia untuk turun berhabis-habisan demi misi memburu kelebihan awal sebelum aksi timbal balik di Buriram minggu hadapan.
Buriram United pula terbang ke Malaysia tanpa dua tonggak utama iaitu Guilherme Bissoli dan Goran Causic yang ketika ini digantung perlawanan gara-gara kad merah semasa aksi yang lalu.
Kim Pan-gon tidak melihat perkara tersebut sebagai satu kelebihan kerana Buriram United masih memiliki pemain-pemain yang berkualiti dan mahu fokus kepada persiapan pasukan sendiri.
”Mengenai ketiadaan dua pemain utama mereka (Guilherme Bissoli dan Goran Causic), saya percaya pemain lain juga sama kuat,” komen Kim Pan-gon semasa sesi sidang media praperlawanan.
“Saya melihat ramai pemain yang bagus di sana. Jadi, kami tidak fokus pada fakta itu (kehilangan dua pemain tersebut), sebaliknya kami sentiasa bermain sebagai satu pasukan bagi meneroka potensi penuh kami sendiri.”
Kesebelasan Utama Selangor vs Buriram United
Info Siaran Langsung Selangor vs Buriram United
Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu).
Masa: 9.00 malam waktu Malaysia
Venue: Stadium MBPJ.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com