Aksi antara Selangor vs Muangthong United mencuri tumpuan bagi aksi kelima ACL2.
Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi optimis untuk memastikan anak buahnya turun dengan aksi agresif seawal minit pertama permainan.
“Saya bangga untuk berjuang dengan pemain Selangor. Kita akan dapat lihat aksi yang baik esok.
“Mereka menang tiga perlawanan terakhir dan kita perlu memberikan saingan terbaik kepada mereka kerana Muangthong merupakan pasukan yang kuat.
“Kita tidak kisah tentang sistem yang bakal digunakan oleh lawan. Kami (Selangor) hanya fokus kepada persiapan kami kerana pasukan memiliki ramai pemain berkualiti,” katanya pada sesi pra-perlawanan hari ini.
Jurulatih Muangthong United, Uthai Boonmoh melihat kemenangan ke atas Merah Kuning amat penting sekiranya The Kirins mahu layak ke pusingan seterusnya.
“Perlawanan esok (menentang Selangor) cukup penting bagi kita. Semua pemain sudah bersedia dan memiliki keyakinan yang bagus. Mereka sedar ini perlawanan yang besar buat kita. Kita perlu menang esok,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Kesebelasan Utama Selangor vs Muangthong United
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Selangor vs Muangthong United
Tarikh: 28 November 2024 (Khamis)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.