Live: Selangor vs Nam Dinh, Kesebelasan Utama & Siaran TV Shopee Cup
MakanBola
Wan Adam

Tonton Selangor vs Nam Dinh dalam perlawanan separuh akhir pertama ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup 2025/2026 secara langsung dari Stadium MBPJ.

Saingan separuh akhir Shopee Cup menemukan Selangor vs Nam Dinh di Stadium MBPJ dengan kedua-dua kelab terbaik dari peringkat kumpulan pastinya turun dengan misi mencari bekalan selesa.

Di atas kertas, perbandingan tampaknya seimbang dengan Selangor dan Nam Dinh berada dalam prestasi yang cukup memberangsangkan dalam saingan liga domestik masing-masing.

Kelebihan sedikit memihak Selangor apabila akan beraksi di hadapan penyokong sendiri malam ini selain turut memiliki rekod baik apabila menentang kelab dari Vietnam dengan 4 kemenangan dicatatkan.

Kim Pan-gon ketika sesi sidang media memberitahu bahawa misi memburu kemenangan amat penting buat pasukan hari ini supaya perjuangan di laman lawan minggu hadapan lebih lancar.

“Keputusan adalah yang paling mustahak apabila beraksi di laman sendiri. Kami perlu menang sebelum ke tempat lawan untuk mendapat kelebihan,” ujar Kim Pan-gon ketika sidang media pada Selasa.

“Jika kami ke perlawanan akhir, ia akan memberi impak besar kepada kelab dan penyokong,” kata jurulatih kelahiran Korea Selatan itu lagi.

Kesebelasan Utama Selangor vs Nam Dinh

Info Siaran Langsung Selangor vs Nam Dinh

Tarikh: 6 Mei 2025 (Rabu).
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium MBPJ.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com