Aksi Kelayakan Piala Asia B-17 bakal membuka tirai melibatkan pertemuan antara Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Malaysia.
Skuad kendalian Javier Ribera membawa barisan terbaik bagi memastikan slot ke pentas Piala Asia B-17 2025 berada dalam genggaman.
Sasaran utama pasukan muda negara adalah untuk layak secara merit ke kejohanan berprestij itu sama ada sebagai juara kumpulan atau slot naib juara terbaik.
“Pertama sekali, kita datang ke sini untuk bersaing (dengan dua pasukan lain, UAE dan Laos) dalam dua perlawanan. Walaupun Lubnan tidak menyertai (saingan kelayakan), matlamat kita ialah layak ke Piala Asia B-17 2025,” katanya.
Sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025, skuad negara turut mengadakan beberapa aksi persahabatan sebelum bertolak ke Laos termasuklah dua aksi persahabatan menentang pasukan Asia Tengah, Tajikistan.
Ribera percaya dengan persiapan yang telah diatur akan membantu anak buahnya lebih bersedia dengan saingan di peringkat Asia.
“Kita sudah bekerja membentuk pasukan sejak lima bulan lalu, sejak AFF (Kejohanan ASEAN B-16 2024). Kita terus mengorak langkah selepas AFF. Selepas itu, kita telah membuat beberapa panggilan skuad (kebangsaan).
“Sejak tiga minggu lalu, kita sudah lakukan persiapan di Malaysia. Kita juga sudah mengharungi beberapa aksi persahabatan tertutup. Itu cara (persiapan) kita ke sini dan saya fikir kita sudah bersedia (aksi pusingan kelayakan) di Asia,” ujarnya.
Kesebelasan Utama UAE vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung UAE vs Malaysia
Tarikh: 23 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.