Advertising
Live: Sri Pahang vs Selangor, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Malaysia
MakanBola
Sri Pahang FC

Aksi antara Sri Pahang vs Selangor pusingan 16 terakhir Piala Malaysia mencuri tumpuan.

Skuad kendalian Abdi Hassan dalam momentum cemerlang selepas menghuni tangga ke-2 Liga Super dan juga berjuang hebat dalam saingan pentas AFC Champions League Two (ACL2).

Gergasi Merah merekodkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan dalam 5 aksi terakhir musim ini.

Ad

Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad pula terlepas meraih tiga mata apabila diikat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Temerloh pada 25 Oktober lalu.

Ad

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Tok Gajah memiliki kelebihan dua kemenangan berbanding Merah Kuning (satu kemenangan) daripada lima perlawanan.

Selain itu, Sri Pahang juga berjaya melakar kejutan apabila mengikat Selangor 1-1 dalam aksi Liga Super pada 31 Julai lalu.

Ad
Ad

Kesebelasan Utama Sri Pahang vs Selangor

Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Selangor


Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 8:30 Malam
Venue: Stadium Temerloh, Pahang.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.