Perlawanan tunggal Liga Super pada Jumaat menyaksikan Terengganu vs KL City di Gong Badak.
KL City terbang ke Pantai Timur bagi menentang Terengganu dengan harapan tinggi untuk bangkit dari kehampaan setelah tersingkir dari saingan Piala Malaysia dan Shopee Cup yang lalu.
Manakala Terengganu kembali ke laman sendiri dalam usaha untuk meneruskan momentum setelah atasi Negeri Sembilan minggu lalu bagi mengubati duka tersingkir dari Shopee Cup.
Berdasarkan carta Liga Super, Terengganu semestinya turun selaku pasukan pilihan apabila menghuni tempat ke-4 ketika berbanding KL City yang menghuni tangga ke-10.
Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berlaku di Cheras pada Ogos lalu yang menyaksikan Terengganu membawa pulang 3 mata hasil kemenangan 2-0 menerusi gol Safawi Rasid dan Manny Ott.
Kesebelasan Utama Terengganu vs KL City
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Terengganu vs KL City
Tarikh: 14 Februari 2025 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam.
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.