Advertising
Liga Super: Terengganu Jumpa Cara Raih 3 Mata, Atasi Negeri Sembilan
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu bangkit dari persembahan suram dengan meraih kemenangan ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super pada Ahad.

Setelah tewas 3 aksi berturut-turut sebelum ini, Terengganu kembali mengalihkan fokus buat saingan Liga Super dengan Negeri Sembilan menjadi lawan untuk Sang Penyu mencatat kemenangan.

Syed Nasrulhaq kembali di posisi penjaga gol untuk pasukan Terengganu bersama peledak, Nelson Bonilla tatkala barisan pemain Negeri Sembilan diketuai oleh bek, Annas Rahmat.

Ad

Seperti diramal, Terengganu jelas menguasai sebahagian besar permainan di Paroi ini dengan siri percubaan daripada Nelson Bonilla yang hanya sedikit melewati palang gol Sang Rusa.

Jaringan yang dicari muncul di minit ke-28 apabila sepakan percuma Nurillo Tukhtasinov berjaya mengelirukan penjaga gol tuan rumah, Aqil Razak dan terus menembusi gawang.

Ad
Ad

Usaha pelawat untuk menambah jaringan tidak kesampaian, begitu juga dengan Negeri Sembilan yang terdesak mencari gol tatkala turun beraksi di hadapan para penyokong sendiri.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Negeri Sembilan 0-1 Terengganu.

Kembali di babak kedua menyaksikan Negeri Sembilan yang dibimbing oleh K. Nanthakumar mula mengatur gerak tetapi dihalang oleh penjaga gawang Terengganu, Syed Nasrulhaq.

Hasrat Terengganu bagi menambah jaringan kedua akhirnya membuahkan hasil menerusi penyerang El Salvador, Nelson Bonilla yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-79.

Aksi di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Terengganu.

Saingan Liga Super pada minggu hadapan akan menyaksikan Terengganu melayani kunjungan KL City pada 14 Februari ini manakala Negeri Sembilan menentang PDRM pada hari yang sama.