Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bakal menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Peteh memiliki bekalan dua gol selepas meraih kemenangan 2-0 di Paroi pada 14 Disember lalu. Kapten, Safawi Rasid dan Nelson Bonilla mencetak nama sebagai penjaring.
Meskipun memiliki bekalan dua gol, pemain tengah Terengganu, Akram Mahinan mahu pasukan itu kekal fokus agar dapat mara ke separuh akhir.
“Pasukan yang ketinggalan semestinya akan memberikan tekanan dari awal permainan. Oleh itu kami sepasukan perlu lupakan kita sudah mempunyai dua bekalan jaringan.
“Sebaliknya, kita perlu bertahan dengan penuh disiplin dan menyerang untuk mendapatkan jaringan seterusnya,” katanya.
Kedua-dua pasukan yang memburu slot ke separuh akhir memiliki sejarah pernah meraih gelaran juara Piala Malaysia. Negeri Sembilan berstatus juara sebanyak tiga kali dengan Terengganu pula meraih gelaran juara pada 2001.
Kesebelasan Utama Terengganu vs Negeri Sembilan
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Terengganu vs Negeri Sembilan
Tarikh: 21 Disember 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.