Aksi ASEAN Club Championship menyaksikan pertembungan antara Terengganu vs PSM Makassar pada 22 Januari.
Pengendali Terengganu, Badrul Afzan mahu menurunkan barisan terkuat ketika melayan kunjungan wakil Indonesia, PSM Makassar.
“Dengan kembalinya ketua pasukan Safawi Rasid dan Azam Azmi serta beberapa orang lagi pemain yang dilihat telah cergas sepenuhnya untuk bermain, saya lebih yakin.
“Rabu ini kita akan turun dengan barisan terkuat untuk memastikan kita berjaya mendapatkan kemenangan di gelanggang sendiri,” katanya.
Skuad Peteh berada pada momentum cemerlang apabila hanya tewas sekali dalam 7 aksi terakhir dan merekodkan kemenangan ke atas Shan United dengan keputusan 5-0.
Pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares berjaya mengesan empat orang pemain utama Terengganu yang berpotensi untuk memberikan ancaman kepada pasukannya.
“Saya fikir mereka (para pemain Terengganu) pemain-pemain yang bagus. Nombor 23 (Azam Azmi), nombor 11 (Safawi), nombor 33 (Akhyar) dan nombor 22 (Engku Shakir) jika beliau bermain,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
“Saya tak boleh sebut seorang atau dua pemain, mereka memiliki pasukan yang bagus. Jika saya melihat pemain, mereka sangat bagus. Ramai beraksi untuk skuad kebangsaan baik penjaga gol mereka (Rahadiazli Rahalim) dan bek tengah mereka (Safwan Mazlan).
Kesebelasan Utama Terengganu vs PSM Makassar
Info Siaran Langsung Terengganu vs PSM Makassar
Tarikh: 22 Januari 2024 (Rabu)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.