Advertising
Shopee Cup: Jurulatih PSM Makassar Gerun Dengan 4 Bintang Terengganu
MakanBola
PSM Makassar

Pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares mengakui bimbang dengan ancaman yang dihadirkan empat bintang Terengganu FC.

Empat bintang yang dimaksudkan beliau ialah kapten Peteh, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Azam Azmi Murad dan Engku Shakir Engku Yacob.

Ad

Tavares menyifatkan keempat-empat pemain ini sebagai pemain berkualiti di atas padang. Sekiranya mereka diberi ruang, beliau percaya kuartet ini mampu memberi masalah besar kepada Juku Eja.

Ad

“Saya fikir mereka (para pemain Terengganu) pemain-pemain yang bagus. Nombor 23 (Azam Azmi), nombor 11 (Safawi), nombor 33 (Akhyar) dan nombor 22 (Engku Shakir) jika beliau bermain,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

“Saya tak boleh sebut seorang atau dua pemain, mereka memiliki pasukan yang bagus. Jika saya melihat pemain, mereka sangat bagus. Ramai beraksi untuk skuad kebangsaan baik penjaga gol mereka (Rahadiazli Rahalim) dan bek tengah mereka (Safwan Mazlan).

Ad

“Mereka juga memiliki tonggak import yang berkualiti dari Filipina dan Uzbekistan. Penyerang mereka yang memakai nombor 9 (Ivan Mamut) cukup bagus. Kita bukan saja pantau seorang pemain tetapi pantau semua orang.”

Ad

Juku Eja bakal turun tanpa kelibat bek tengah Cape Verde, Yuran Fernandes. Fernandes terpaksa disisihkan kerana masih mengalami kecederaan.

Ad

PSM Makassar hanya membawa lima tonggak import untuk aksi menentang Terengganu. Mereka ialah Aloisio Neto, Victor Luiz, Latyr Fall, Daisuke Sakai dan Nermin Haljeta.

Peteh dan Juku Eja bakal berentap untuk aksi keempat Kumpulan A Shopee Cup di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 22 Februari ini.