Tonton aksi Thailand vs Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejuaraan B-19 ASEAN secara langsung dari Medan, Indonesia.
Pertembungan Thailand vs Malaysia pada Isnin dijangka bakal menyajikan perlawanan yang cukup sengit antara kedua-dua negara dengan misi utama untuk mendapat kemenangan sekali gus layak ke separuh akhir selaku juara kumpulan.
Kedudukan terkini menyaksikan Thailand B-19 mengungguli kumpulan B dengan dua kemenangan, sama seperti skuad muda negara namun pasukan Gajah Perang ini memiliki kelebihan dari segi perbezaan gol untuk berada di puncak.
Skuad kendalian Nafuzi Zain akan turun dengan misi menggempur kubu Thailand bermati-matian oleh kerana hanya 3 mata bakal menjamin tiket buat Malaysia ke perlawanan separuh akhir Kejuaraan B-19 ASEAN kali ini.
Andai mana-mana pasukan mengakhiri aksi di tangga kedua kumpulan B ini, peluang ke separuh akhir masih ada sebagai naib juara terbaik namun penentuan slot tersebut bergantung kepada keputusan aksi di kumpulan lain.
Kesebelasan Utama Thailand vs Malaysia
Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia
Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
Masa: 9 malam waktu Malaysia.
Venue: Stadium Madya 1, Medan, Indonesia.
Siaran Langsung: BG Sports (VPN Thailand) & Moji (VPN Indonesia)
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.