“Liverpool Akan Kalahkan Man United 4-0 Di Bukit Jalil” – David James
Persahabatan
Stadium Astro
Advertisements

Pengurus Liverpool Reds, David James percaya barisan legenda Merseyside itu bakal membelasah pasukan legenda Manchester United 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) nanti.

Battle of the Reds 2024 yang menyaksikan barisan legenda The Reds menentang pasukan legenda Manchester Reds – satu perlawanan yang dinantikan peminat kedua-dua pasukan.

Meskipun menyedari Manchester Reds amat berbahaya kerana menampilkan legenda seperti Dimitar Berbatov dan Dion Dublin, James percaya Liverpool mampu menewaskan mereka.

Advertisements

Keyakinan penjaga gol legenda England itu disebabkan Liverpool Reds turut memiliki legenda hebat seperti Luis Garcia, John Arne Riise dan Emile Heskey.

“Mereka (Manchester Reds) memang merbahaya tetapi kita akan belasah mereka cukup-cukup. 4-0, 4-0,” katanya dalam sidang media yang berlangsung semalam.

Battle of the Reds dianjurkan oleh AllStar Sports Sdn Bhd dengan kerjasama World Football League (WFL) dan ACO Media.

Advertisements

Perlawanan pertunjukan ini turut mendapat sokongan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Aksi pertunjukan ini bakal berlangsung pada 27 April ini di SNBJ dan bermula pada jam 8.45 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram