Liverpool Catat Kerugian RM54 Juta
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Liverpool telah mencatatkan kerugian hampir RM54 juta bersamaan dengan £9 juta pada musim 2022/23 yang lalu.

Kerugian tersebut terjadi ekoran beberapa faktor seperti penurunan pendapatan hari perlawanan dan juga pendapatan melalui media.

Musim lalu Liverpool tersingkir awal di pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan agregat 6-2 selain menamatkan saingan liga di tangga ke-5.

Advertisements

Penyingkiran itu menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk mendapatkan RM114 juta menerusi keuntungan siaran langsung perlawanan bola sepak.

Pendapatan kelab menerusi hari perlawanan juga merosot sebanyak RM42 juta kerana Liverpool kekurangan bilangan permainan pada musim lalu.

Pengarah urusan Liverpool, Andy Hugh percaya pendapatan ketika hari perlawanan amat penting buat kelab dan dijangka bakal meningkat untuk musim ini (2023/2024). Ini kerana bahagian tempat duduk baru iaitu Anfield Road telah dibuka dan mampu memuatkan sehingga 61,000 penyokong dalam satu-satu masa.

Advertisements

Walaupun pendapatan keseluruhan Liverpool adalah sama seperti musim sebelumnya (RM3,559 juta), beberapa pemain telah meraih kenaikan gaji sekali gus meningkatkan bil gaji skuad Liverpol.

Antara pemain yang menerima kontrak baharu ialah Mohamed Salah, Joe Gomez, Harvey Elliot, Curtis Jones, Jarell Quansah dan Stefan Bajcetic selain membawa masuk pemain baru iaitu Darwin Nunez.

Andy Hugh bagaimanapun berpendapat Liverpool telah berjaya dalam urusan komersial yang mampu membantu kewangan kelab disebalik berlakunya peningkatan kos dalam pasukan itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram