Liverpool Tolak Tawaran RM883 Juta Kelab Arab Mentah-Mentah
Transfer
The Kop Watch
Advertisements

Hari terakhir tetingkap perpindahan musim panas 2023 menyaksikan Liverpool memutuskan untuk menolak tawaran perpindahan bernilai £150 juta (RM883 juta) yang dibuat Al-Ittihad.

Wartawan The Athletic, David Ornstein mendedahkan tawaran tersebut dibuat untuk bintang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah. Tawaran dikatakan dibuat menerusi satu panggilan telefon dari Riyadh kepada pengarah Liverpool, Mike Gordon malam semalam.

Bagaimanapun, The Reds menerusi Gordon menolak tawaran yang dibuat The Tigers itu mentah-mentah. Sebelum ini, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut menyatakan pendirian menolak sebarang usaha membawa Salah keluar dari Anfield.

Advertisements

“Kedudukan kelab kekal sama. Tiada keraguan tentang hal ini (Salah kekal di Liverpool). Tiada apa yang mahu diperkatakan. Tiada tawaran setakat yang saya tahu,” katanya seperti dilaporkan Fabrizio Romano beberapa jam lepas.

Dengan tetingkap perpindahan Arab Saudi hanya ditutup pada 20 September ini, Al-Ittihad dijangka tidak putus asa dan akan kembali dengan tawaran baru.

Advertisements

Ramai pemerhati bola sepak percaya dengan membawa Salah ke Arab Saudi, beliau akan menjadi tarikan utama Saudi Pro League sebaris dengan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo.

Selain menepis cubaan Al-Ittihad mendapatkan penyerang Mesir itu, Liverpool juga sedang memuktamadkan perpindahan bintang muda Bayern Munich, Ryan Gravenberch hari ini.

Advertisements

Bekas bintang Ajax Amsterdam itu dijangka memperkuat bahagian tengah The Reds dengan yuran perpindahan €50 juta (RM251 juta). Kehadiran Gravenberch juga menunjukkan Liverpool mahu terus memburu trofi musim ini dengan Salah menjadi tonggak utama mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram