EPL
Advertisements

Romelu Lukaku menjadi pemain paling mahal dalam pengumpulan nilai perpindahan sekembalinya beliau di Chelsea selepas 10 tahun meninggalkan kelab tersebut.

Penyerang berbisa Belgium itu melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan nilai perpindahan 97.5 juta pound dari Inter Milan.

Selepas dicampur dengan perpindahan terkini Lukaku ke Chelsea, bermakna kelab-kelab telah membelanjakan sebanyak 285.5 juta pound untuk pemain 28 tahun tersebut sekaligus memintas rekod perpindahan terkumpul bintang Paris Saint Germain (PSG),  Neymar yang bernilai 246.6 juta pound.

Advertisements
Lukaku Lukaku Ketepikan Neymar Dalam Nilai Perpindahan Terkumpul
Putaran perpindahan Romelu Lukaku sepanjang kariernya

Lukaku memulakan karier bersama Anderlecht sebelum disambar Chelsea pada tahun 2011 dengan nilai perpindahan 10 juta pound.

Tetapi selepas 3 tahun, beliau hanya beraksi 15 perlawanan untuk Chelsea tanpa menjaringkan gol. Walaupun beliau boleh dikatakan Berjaya ketika dipinjamkan ke West Brom dan Everton, Chelsea mengambil keputusan untuk menjual Lukaku ke Everton dengan nilai 28 juta pound pada tahun 2014.

Di Everton, beliau mula membuktikan beliau merupakan seorang penyerang yang prolifik dengan menjaringkan 87 gol dalam 166 perlawanan sebelum perpindahan mega ke Manchester United pada tahun 2017.

Advertisements

Walaupun dimahukan Chelsea pada waktu itu, Lukaku memilih untuk beraksi bersama Manchester United. Beliau kekal berbisa di Old Trafford dengan 42 gol dalam 96 perlawanan namun beliau didakwa tidak sesuai dengan corak permainan Manchester United yang membawa kepada perpindahan beliau sekali lagi.

Lukaku ketika beraksi untuk Manchester United

Pada tahun 2019, Inter Milan menandatangani Lukaku dengan nilai 74 juta pound. Pada musim pertamanya di sana, beliau Berjaya menyumbat 34 gol namun tidak dapat membantu Inter Milan menjulang kejuaraan liga apabila dipisahkan hanya satu mata dengan juara liga, Juventus pada musim itu

Pada musim lepas, Lukaku membantu Inter Milan menjulang kejuaraan liga selepas 11 tahun penantian dan beliau menjaringkan 24 gol dalam 36 perlawanan.

Advertisements

Ianya sekaligus mendorong Chelsea untuk mendapatkan semula khidmat beliau. Chelsea sedang mencari penyerang untuk menambah sengat mereka dihadapan gol selepas kegagalan Timo Werner dan Tammy Abraham untuk menyerlah pada musim lepas.

Video ketibaan Romelu Lukaku di Chelsea boleh tonton di bawah :

Sumber Youtube Chelsea FC
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram