Dunia
Advertisements

Pemain Vissel Kobe, Lukas Podolski yang sebelum ini telah mencetuskan pelbagai persoalan orang ramai mengenai dirinya yang mungkin akan berkelana di JDT, hari ini telah tiba di Johor Bahru bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Menerusi kemaskini di laman sosial rasmi Facebook JDT itu, gambar Lukas Podolski ketika membuat lawatan ke fasiliti kelab seperti Stadium Sultan Ibrahim, Pejabat Kelab JDT dan kemudahan di Padang Seri Gelam telah dimuat naik.

Podolski juga dilihat begitu teruja dan gembira ketika melawat fasiliti JDT dan turut merakamkan sendiri gambar kemudahan yang disediakan.

Advertisements
Lukas Lukas Podolski Hampir Pasti ke JDT?
Lukas Podolski kelihatan gembira ketika melawat Fasiliti JDT

Selain itu, TMJ dan Lukas Podolski juga ada mengadakan perbincangan didalam bersama beberapa lagi pihak seperti Martin Prest, Alistair Edwards dan juga Kevin Ramalingam yang mungkin bertukar-tukar pendapat serta pandangan sesama mereka.

Kontraknya bersama Vissel Kobe bakal tamat pada 31 Januari 2020. Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bekas pemain Jerman itu mahu beraksi bersama-sama kelab JDT. Sehinggakini, peminat hanya perlu menunggu berita rasmi daripada pihak JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram