“Lumrah Jurulatih Bawa Sekali Pemain Ke Pasukan Baharu” – Jamal Nasir
Dunia
NSTP
Advertisements

Arena bola sepak menjadi panas sejak kebelakangan ini berhubung jodoh pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain yang disahkan tidak lagi bersama pasukan Sang Penyu itu untuk musim hadapan selepas beliau menolak tawaran lajutan kontrak.

Sebelum ini CEO TFC, Ab Rasid Jusoh mendedahkan Nafuzi telah menggunakan seorang penghubung untuk merayu pemain untuk mengikutinya berhijrah ke pasukan baharu yang akan dikendalikannya musim hadapan.

Namun bagi bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir, beliau menganggap ianya lumrah dalam bola sepak apabila pemain-pemain mengikut jurulatih untuk beraksi dengan pasukan baharu. Namun beliau akui kehilangan pemain-pemain penting Terengganu akan mempengaruhi persembahan pasukan musim hadapan.

Advertisements

“Sudah menjadi lumrah, sekiranya seseorang jurulatih itu meninggalkan satu-satu pasukan, pasti beberapa anak buahnya akan mengikuti jejak langkah jurulatih berkenaan. Sama ada ke pasukan lain atau ikut jurulatih itu.

“Dalam masa sama, jurulatih juga sering ‘membawa’ pemain-pemain bersamanya ketika berhijrah ke pasukan lain dengan meletakkan syarat tersebut di dalam kontrak. Oleh itu, rombakan ini pasti mempengaruhi dinamik dalam pasukan Terengganu,” katanya seperti dilaporkan Majoriti.

Pada masa yang sama, Jamal merasakan bahawa Terengganu bakal berdepan dengan situasi yang sedikit sukar untuk membina semula keserasian selepas rombakan pasukan berlaku. Ini kerana, pemain sedia ada sudah beraksi bersama dalam falsafah permainan dalam satu tempoh yang panjang.

Advertisements

“Pasukan Terengganu telah mencapai keserasian setelah lama dibimbing di bawah ‘DNA’ sama. Perubahan kejurulatihan dan dijangka seterusnya, akan berlaku rombakan pada barisan pemain pasti menyukarkan skuad tersebut untuk bina semula keserasian,” jelasnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram