Dunia
Luqman Hakim
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim bakal diberikan peluang untuk mengisi barisan serangan Malaysia dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan nanti. Luqman antara penyerang yang disenaraikan oleh Tan Cheng Hoe bersama dengan Syafiq Ahmad dan De Paula.

Menurut laporan Sinar Harian, Tan Cheng Hoe menjamin bahawa Luqman Hakim bakal mendapat minit permainan yang secukupnya pada kedua-dua perlawanan nanti. Luqman kini menjadi penyerang muda harapan negara dalam memimpin Malaysia dibahagian serangan pada masa hadapan.

luqmnahakim Tan Cheng Hoe Jamin Luqman Hakim Bakal Diberi Peluang Dalam Pertemuan Jordan Dan Uzbekistan
Aksi Luqman Hakim bersama Harimau Malaya

“Kita (barisan kejurulatihan) tahu kemampuan dan tahap keyakinan Luqman kerana selepas beberapa kali bersama pasukan kini beliau nampak semakin serasi dengan pemain lain. Kita akan terus memantau perkembangannya dan sudah tentu akan diberi minit permainan sewajarnya kepada beliau bersama skuad kebangsaan kali ini,” ujar Tan Cheng Choe dalam satu sidang media secara maya pada Isnin lalu.

Advertisements

Luqman pastinya perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan mempamerkan aksi terbaik beliau dalam usaha memikat hati ketua jurulatih negara. Luqman sebelum ini sudah melakukan 3 penampilan bersama skuad Harimau Malaya namun kesemua aksi tersebut adalah menerusi pemain gantian.

Penghijrahan beliau ke Belgium untuk beraksi bersama pasukan KV Kortrijk semestinya telah memberikan beliau pengalaman serta ilmu baharu dalam membentuk identiti beliau selaku penyerang muda yang berkualiti.

Luqman Hakim sewaktu menjalani latihan bersama skuad kebangsaan

Taktikal Tan Cheng Hoe juga turut dinanti-nantikan para penyokong bola sepak Malaysia apabila beliau telah membawa beberapa muka baharu untuk menempuh 2 perlawanan persahabatan seperti Hakimi Abdullah, Al Hafiz Harun, Faisal Abdul Halim dan beberapa pemain lagi.

Advertisements

Luqman juga turut mampu untuk beraksi diposisi sayap pasukan. Agak menarik untuk melihat bagaimana Tan Cheng Hoe bakal menggunakan khidmat Luqman Hakim dibahagian serangan negara dalam membentuk jentera serangan yang tajam dan berkualiti.

Malaysia yang kini menduduki ranking ke-154 dunia bakal menentang Jordan di Stadium King Abdullah II di Amman pada malam ini. Kemenangan pastinya ditagih skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe pada malam ini dalam memperbaiki kedudukan ranking negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram