Eropah
Njardvik
Advertisements

Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin berjaya melakukan debut yang cukup cemerlang untuk membantu pasukannya meraih mata pertama di Liga Iceland.

Advertisements

Pemain berusia 20 tahun ini sudah pun diturunkan pada aksi dalam aksi pusingan kalah mati sebelum ini ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 4-1.

Anak jati Kota Bharu ini sekali lagi diberikan peluang untuk membuktikan kalibernya apabila barisan kejurulatih Njardvik membuat keputusan untuk memasukkannya selaku pemain gantian.

Advertisements

Beliau jelas memberikan aksi yang terbaik selama 28 minit di atas padang namun belum memiliki rezeki untuk meledak gol sulungnya dalam aksi liga.

Beraksi di gelanggang lawan menentang Grótta, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan Tomas Johannessen sebelum gol Marc McAusland memastikan Njardvik pulang dengan satu mata.

Advertisements

Kemasukan Luqman Hakim pada minit ke-63 bagi menggantikan Tomas Jonsson berjaya memastikan pasukannya pulang dengan mata.

Njardvik akan melayan kunjungan Aegir dan impak pemain pinjaman KV Kortrijk ini sudah tentu ditagih untuk membawa cabaran pasukan musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram