Luqman Hakim Berminat Tembusi Pasaran Jepun & Korea
Asia
KV Kortrijk Malaysia
Advertisements

Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak menyembunyikan hasrat untuk melebarkan sayap beraksi di Jepun dan Korea.

Pemain berusia 21 tahun itu kini beraksi di Liga Iceland bersama Njardvik setelah melengkapkan tempoh pinjaman daripada kelab Belgium, KV Kortrijk.

Masa depan beliau bagaimanapun mula menjadi bualan disebabkan kelab asalnya iaitu KV Kortijk kini tidak lagi dimiliki oleh usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Advertisements

“Kontrak saya di Kortrijk masih berjalan hingga 2025. Tapi kalau ikutkan saya ingin bermain di Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan kalau tidak pun Thailand.”

“Saya tertarik dengan bola sepak mereka. Kancah di Liga Jepun boleh dijadikan pelantar untuk bermain di Eropah. Bola sepak mereka maju.”

“Walaupun Thailand sama dengan Malaysia, mungkin saya berminat dengan suasananya,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Advertisements

Luqman yang juga merupakan graduan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu mengesahkan tidak akan mengikuti kempen Piala AFF B-23 di Chonburi, Thailand Ogos depan.

“Disebabkan Piala AFF diadakan di luar kalendar FIFA, saya tidak boleh tinggalkan pasukan kerana masih ada perlawanan di Iceland.”

Beliau juga sudah mendapat rentak bersama pasukannya apabila menjaringkan beberapa gol di sana dengan peluang beraksi secara kerap juga diperolehinya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram