Dunia
KV Kortrijk Malaysia
Advertisements

Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berjaya mencatatkan penampilan pertama dalam kancah utama Liga Belgium musim ini bersama kelabnya KV Kortrijk.

Pemain berusia 20 tahun itu telah diturunkan selaku pemain gantian dalam perlawanan menentang KVC Westerlo semalam yang mana menyaksikan pasukan KV Kortrijk tewas 0-2 di laman sendiri.

Dalam perlawanan tersebut, KV Kortrijk lebih awal diuji selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara Habib Gueye dilayangkan kad merah seawal minit ke-26 permainan. Ini bermaksud pasukan pelawat mempunyai kelebihan beraksi dengan 11 pemain dalam tempoh 64 minit.

Advertisements

Dua gol Westerlo dijaringkan Nicolas Madsen pada minit ke-48 dan Nene Dorgeles pada minit ke-83. Luqman yang diletakkan di bangku simpanan, telah dibawa masuk pada minit ke-88 bagi menggantikan Felipe Avenatti.

Jika diikutkan statistik daripada Sofascore, dalam tempoh dua minit perlawanan yang dilalui Luqman, beliau hanya berjaya sekali mendapatkan bola dan dalam masa yang sama turut hilang penguasaan bola.

Luqman Hakim stats Luqman Hakim Catat Penampilan Pertama Liga Belgium Musim Ini
Statistik Luqman Hakim dalam perlawanan semalam. Sumber Sofascore.

Kemasukan Luqman agak lewat bagi menafikan kemenangan Westerlo. Dengan kekalahan 0-2 yang dialami, ini menandakan KV Kortrijk masih gagal untuk keluar dari zon bahaya dan kini mereka berada di tangga tercorot Liga Pro Belgium dengan hanya mengumpul 11 mata daripada 14 perlawanan yang dilalui.

Advertisements
KV Kortrijk berada di tangga tercorot Liga Pro Belgium.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram