Luqman Hakim Dan Dion Cools Bawa Cabaran Negara ke Jordan
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Pasukan Harimau Malaya dijangka bakal menghantar barisan terbaiknya untuk menghadapi cabaran oleh pasukan Jordan.

Menurut laporan yang disampaikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, terdapat beberapa muka baharu yang bakal dipanggil bagi mengetuai cabaran negara.

Sebelum ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa barisan kejurulatihan negara telah membuat pemantauan mengenai prestasi pemain yang beraksi di Liga Super musim ini.

Advertisements

Kunjungan skuad negara ke Amman ini juga akan disertai beberapa muka baru iaitu dari Terengganu FC, Selangor FC dan KL City FC yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan seperti Hakimi Abdullah, Shahrul Nazeem dan juga Daniel Ting. 

Selain itu, skuad negara juga difahamkan turut diperkuatkan pemain yang berpangkalan di luar negara seperti Luqman Hakim dan Dion Cools yang bakal dipanggil untuk memperkuatkan jentera pasukan.

Sungguhpun begitu, tiada sebarang senarai nama pemain yang diumumkan sehingga kini namun dijangka tidak banyak perubahan berbanding senarai pemain yang membawa cabaran negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 baru-baru ini.

Advertisements

Dengan beberapa bulan sahaja lagi berbaki menjelang sepak mula Piala AFF Suzuki Disember ini, pasukan negara pastinya ingin mencari barisan terbaik bagi memastikan kempen negara berjalan lancar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram