Luqman Hakim Dapat Suntikan Semangat Baru Di Iceland
Eropah
Njardvik Fans Malaysia
Advertisements

Penyerang muda pasukan Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memperoleh suntikan semangat baharu di Iceland untuk terus melebarkan sayapnya.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai kelab Iceland itu secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Perjalanan anak jati Kota Bharu, Kelantan ini bagaimanapun berlangsung penuh berliku selepas prestasi kurang memberangsangkan pasukannya menyebabkan mereka terpelosok di tangga kedua tercorot liga.

Advertisements

Perpindahan Luqman ke Njardvik didasari oleh keperluan memcari minit bermain bagi terus menapak di pentas bola sepak Eropah dijangka kembali bersinar selepas kelabnya membuat keputusan untuk melantik ketua jurulatih baharu.

Menerusi satu kenyataan oleh Njardvik, pasukan telah melantik Gunnar Heidar Thorvaldsson untuk mengemudi cabaran pasukan yang kini sudah mengharungi 12 perlawanan liga.

Advertisements

Jurulatih muda berusia 41 tahun ini memiliki pengalaman menguruskan dua kelab sebelum ini ditagih untuk memberi nafas baharu kepada Njardvik.

Bekas pemain Reading dan Hannover 96 ini dilantik untuk mengemudi pasukan sehingga akhir musim ini.

Advertisements

Perkhabaran ini sudah pasti dapat mengembalikan semula semangat juang Luqman yang mahu menambat hati pengendali baharu beliau agar diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau difahamkan merekodkan sekitar 300 minit bermain di Iceland setakat ini sudah pasti mahu meraih sebanyak mungkin peluang di bawah kepimpinan baharu Njardvik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram