Kemasukan penyerang muda Njardvik, Luqman Hakim Shamsudin hampir-hampir menghadiahkan kemenangan buat pasukannya di laman sendiri.
Pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk beraksi di Iceland.
Beliau dimasukkan pada babak kedua permainan dan mencipta impak segera untuk membantu jentera serangan pasukan.
Luqman memiliki kepantasan untuk mengatasi pertahanan lawan selain kemampuan melakukan hantaran-hantaran tepat hampir menghadiahkan kemenangan buat pasukan.
Anak jati Kelantan ini melalukan larian deras sebelum melakukan hantaran lintang namun ia gagal ditanduk tepat oleh rakan sepasukan.
Ini sekaligus menyaksikan Njardvik hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 hasil jaringan Oumar Diouck dan Þorsteinn Örn Bernharðsson.
Keputusan ini menyaksikan pasukannya terpelosok di tangga ke-10 Liga Iceland iaitu ketiga tercorot liga.
Njardvik dijadualkan bertemu Leiknir bagi aksi berikutnya dalam misi keluar dari zon bahaya liga.