Ads
Dunia
KV Kortrijk Malaysia

Persembahan yang ditampilkan oleh pemain bintang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin hanya bertahan selama 9 minit.

Advertisements

Pemain berusia 20 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrijk ketika menentang KV Oostende bawah 21 tahun.

Advertisements

Luqman dilihat sudah mula mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila lebih kerap tampil beraksi sejak kebelakangan ini.

Advertisements

Advertisements

Malah, kecemerlangan pemain kelahiran Kelantan ini semakin terserlah apabila beliau berjaya meledak satu gol ketika membantu KV Kortrijk menewaskan Excelsior Vilton dengan keputusan 2-1.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi bekas bintang muda NFDP ini apabila penampilan dalam kesebelasan utama semalam hanya bertahan 9 minit.

Advertisements

Luqman Hakim mula diturunkan dalam kesebelasan utama ketika perlawanan menentang KVC Westerlo pada 22 Ogos lalu.

Malah, usaha gigih yang tidak mengenal erti lelah telah membawa Luqman untuk tersenarai dalam skuad senior ketika perlawanan menentang Royal Antwerp namun beliau tidak diturunkan.

Advertisements

Luqman dijangka terlepas aksi menentang Gent B-21 apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu pada 11 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram