Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memberitahu bahawa dua pasukan Liga Super, JDT dan Selangor merupakan pasukan yang sangat bagus.
Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, penyerang muda negara itu kini sedang menjalani karier yang amat baik di Iceland setelah melengkapkan perpindahan dari KV Kortrijk secara pinjaman.
Katanya, terdapat perbezaan yang ditunjukkan antara Liga Malaysia dan juga liga luar tanpa menindakkan kemampuan pasukan di Malaysia yang memiliki kualiti tersendiri.
Namun begitu, beliau percaya terdapat perbezaan yang signifikan terutamanya melibatkan perjalanan liga dan juga latihan yanh dijalankan.
“Para penyokong tidak lihat bagaimana pasukan di sini bermain dan berlatih. Kalau mereka nak tahu perkembangan saya bermain mereka kena datang sinila.”
“Jika mereka lihat bagaimana kami di sini berlatih dan bermain, maka penyokong akan faham apa itu berlainan. Saya tak cakap pasukan di Malaysia tidak bagus cuma agak berlainan. Tetapi jika nak bandingkan dengan JDT dan Selangor itu mereka ada dalam tahap yang tersendiri,” jelasnya kepada Astro Arena.
Luqman terus mendapat tempat apabila membuat kemunculan dalam aksi liga pertama semalam apabila masuk selaku pemain gantian pada minit ke-63.
Beliau sudah pun beraksi beberapa kali dalam semua kejohanan dan menjaringkan satu gol setakat ini.