Luqman Hakim Kekal Di Eropah
Dunia
KV Kortrijk Malaysia
Advertisements

Masa depan bersama KV Kortrijk dijangka bakal terjawab dalam masa yang terdekat apabila difahamkan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak akan meneruskan karier di Malaysia sebaliknya masih kekal bersaing di bumi Eropah.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Syafiq Freman di laman Twitter miliknya sebentar tadi. Luqman yang baru berusia 20 tahun itu akan kekal beraksi di Eropah bersama kelab lain.

Sebelum ini, dikhabarkan ada dua kelab lain dari Eropah yang memerhati dan nyata berpuas hati dengan impak yang telah dibawa oleh anak jati kelahiran Kelantan ini bersama skuad bawah 21 (B-21) KV Kortrijk di Belgium.

Advertisements

Setakat ini, Luqman Hakim hanya beraksi dua perlawanan sahaja dalam saingan liga dan satu lagi dalam aksi Piala Belgium.

Namun, beliau sudah mula mendapat sentuhan penyudahnya bersama skuad B-21 pada musim ini apabila berjaya mengumpul 1 jaringan dan 1 bantuan jaringan.

Perkembangan ini semestinya memberi semangat untuk beliau terus menyinar di bumi Eropah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram