Advertisement
Luqman Hakim Kembali Ke Liga Malaysia?
Transfer
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dikaitkan dengan kepulangan ke Malaysia.

Prestasi pemain muda berusia 22 tahun itu kula mendapat perhatian ketika membantu Malaysia B-23 bersaing di Kelayakan Piala Asia U23 di Thailand.

Pemain KV Kortrijk di Belgium ini bagaimanapun tidak dapat menterjemahkan prestasi yang diharapkan bersama skuad muda negara.

Perkara ini telah mengundang kritikan oleh ramai pihak yang mahu melihat kemajuan aksinya setelah beberapa musim berkelana di Eropah.

Masa depan Luqman bagaimanapun mula menjadi tanda tanya selepas beberapa sumber melaporkan beliau telah kembali ke pangkuan KV Kortrijk setelah dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik FC.

Namun begitu, prestasi pemain muda ini kembali mencuri tumpuan selepas dirinya seakan dikaitkan dengan kepulangan ke Malaysia.

Menurut penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly, beliau memberi bayangan bahawa individu yang dikaitkan dengan kepulangan ke Malaysia itu merujuk kepada Luqman.

“Korang ni beria berdebat dia patut kekal main luar ke balik Malaysia, kawan tu rehat je tengah cuti kat kampung dan tengah nego dgn beberapa kelab Liga Super.”

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memuji kecekalan Luqman berkelana di Eropah.

Jalil Rasheed tampil memberi pandangannya tersendiri tentang sisi Luqman yang tidak diketahui ramai.

“Betul. Tinggal di Eropah, jangan pulang ke Malaysia. Kerja keras itu penting.”

“Dari pengalaman (lalu) dengannya, dia seorang profesional yang cemerlang, berkelakuan baik, paling awal hadir untuk latihan, makan secara sihat. Sentiasa berbangga bahawa dia adalah wakil senegara saya ketika dia bermain untuk kelab,” jelasnya.