Advertisement
Video: Tandukan Tajam Luqman Hakim Bantu Njardvik Belasah Leiknir
Eropah
MakanBola
Luqman Sham 10

Penyerang muda sensasi Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya di pentas bola sepak Iceland apabila tampil meledak hari ini.

Pemain berusia 20 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Iceland, FC Njardvik selama satu musim dari KV Kortrijk untuk mendapatkan minit permainan.

Usaha ini nyata membuahkan hasil apabila beliau terus menjadi pilihan barisan kejurulatihan untuk terus memimpin jentera serangan pasukan.

Dalam aksi pusingan ke-32 Piala Iceland hari ini, anak jati Kota Bharu itu dimasukkan selaku pemain gantian untuk menajamkan lagi jentera serangan Njardvik.

Usaha ini membuahkan hasil apabila Luqman melengkapkan malam gemilang pasukan menerusi kemenangan 4-1.

Kemenangan besar ini sekaligus membawa pasukan ke peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Ini sudah tentu menjadi suntikan moral terbaik buat Luqman bagi memainkan peranan yang cukup penting bersama Njardvik.