Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya di Iceland apabila berjaya menjaringkan satu gol semalam.
Pemain berusia 22 tahun itu secara rasminya telah melengkapkan perpindahan ke FK Njardvik secara pinjaman selama satu musim.
Beliau berpuas hati dapat berhijrah ke sana dengan minit permainan menjadi sasaran utama bekas penyerang bawah 17 tahun negara ini.
Sungguhpun belum membuat kemunculan bersama pasukan senior di sana, Luqman sudah pun meledak dua gol dalam aksi persahabatan sebelum ini.
Beliau terus membuktikan kalibernya selaku peledak berbisa apabila menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika menentang Reykjavík dalam satu aksi persahabatan.
Luqman diturunkan dalam kesebelasan utama tidak menghampakan harapan peminat yang mahu melihat beliau berjaya di sana.
Anak jati kelahiran Kota Bharu ini menjaringkan gol pada minit ke-23 sebelum pasukan lawan menjaringkan gol penyamaan sebelum tamat babak pertama.
Ini bakal memberi motivasi tambahan kepadanya dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama kelabnya.
Luqman sudah pun meledak tiga gol secara keseluruhan di Njardvik setelah berada hampir tiga bulan di Iceland.