Luqman Hakim & Njardvik Berdepan Detik Sukar
MakanBola
Jggsport

Penyerang muda negara di Iceland, Luqman Hakim Shamsudin berdepan detik sukar apabila pasukannya, Njardvik FC kini berdepan prestasi yang tidak menentu.

Pemain berusia 21 tahun ini berhijrah ke Iceland secara pinjaman daripada KV Kortrijk untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Ad

Sungguhpun bermula dengan cukup baik di sana, beliau kini lebih banyak diletakkan selalu pemain simpanan.

Ad

Setakat ini, anak jati Kota Bharu itu hanya mengumpul kurang daripada 200 minit permainan dan kebanyakannya sebagai pemain gantian sahaja dan hanya diturunkan dalam 7 aksi setakat ini.

Hal ini diburukkan lagi apabila mereka kini mengalami kejatuhan prestasi selepas hanya mampu mengumpul 7 mata selepas 10 perlawanan dan menghuni tangga kedua tercorot liga.

Ad

Berdasarkan prestasi semasa, Njardvik telah pun mengalami kekalahan 2-1 ke atas Akraenes sekaligus menyaksikan mereka hanya meraih satu kemenangan selepas 10 perlawanan.

Ad

Prestasi ini sudah tentu meresahkan barisan kejurulatihan yang tidak menemui formula terbaik untuk memulihkan keyakinan pasukan.

Ad