Penyerang muda Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi memainkan watak penting ketika membantu pasukannya meraih satu mata semalam.
Pemain berusia 20 tahun itu mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan.
Beraksi di laman sendiri, Njardvik yang menurunkan barisan terkuat mereka namun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi percubaan Ivo Braz seawal minit kedua.
Njardvik kembali memperoleh jaringan penyamaan menerusi ledakan tajam Romao Victor memasuki setengah jam aksi.
Bersambung babak kedua, Ægir kembali berada di depan apabila Anton Fannar menjaringkan gol kedua pasukan sekaligus memberikan rasa cemas kepada tuan rumah.
Kerjasama dan kerja keras daripada Luqman Hakim dan rakan sepasukan membuahkan hasil apabila Oumar Diouck kembali membuat Njardvik bernafas.
Keputusan ini kekal sehingga tamat permainan sekaligus memberikan mata kedua buat Njardvik pada musim ini.
Anak jati Kota Bharu difahamkan beraksi selama 45 minit bagi aksi ini sekaligu menjadi watak penting buat pasukan sejak tiba di sana kira-kira tiga bulan lalu.