“Maaf Tunku, Ianya Tak Benar” Lim Teong Kim Cabar TMJ

lim teong kim tmj jst "Maaf Tunku, Ianya Tak Benar" Lim Teong Kim Cabar TMJ
JST
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Bekas pengarah NFDP dan AMD, Lim Teong Kim mencabar TMJ memberikannya sebuah pasukan untuk beliau buktikan kemampuannya sebagai seorang jurulatih.

Dalam temuramah sebelum ini, TMJ menjelaskan gaji diminta Lim Teong Kim untuk jawatan pembangunan di JDT sekitar 70,000 – 80,000 Euro dan nilai tersebut disifatkan TMJ sebagai terlalu besar.

Lim Teong Kim walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan dan pendapat TMJ dan ingin menguruskan sebuah pasukan untuk membuktikan kemampuannya.

“Maaf Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Kamu mempersoalkan kredibilti dan keupayaan saya sebagai jurulatih. Saya cabar kamu berikan saya sebuah pasukan untuk saya latih.”

Ungkapan ini ditulis Lim Teong Kim di salah satu hantaran akaun Instagram wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Lim Teong Kim sebelum ini beberapa kali mempersoalkan pihak FAM yang dianggapnya sebagai tidak cakna dan proaktif dalam membangunkan bola sepak negara.