Dunia
Advertisements

Madura United yang merupakan pasukan dari Liga 1 Indonesia mengesahkan menerima jemputan perlawanan pra-musim 2020 dari pasukan JDT dan juga Terengganu.

Menerusi laman sosial Instagram rasmi mereka, skuad yang menggunakan gelaran Laskar Sapeh Kerab itu menghebahkan berkenaan jemputan tersebut dan bersedia untuk hadir memenuhi jemputan tersebut.

Madura dijangka akan berangkat ke Johor Bahru pada 19 Januari 2020 dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan JDT II pada 21 Januari.

Advertisements
TFC Madura United Teruja Dan Bangga Dijemput JDT & Terengganu Ke Malaysia
Terengganu FC akan melayan kunjungan Madura United

Selepas itu akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk perlawanan seterusnya menentang skuad bimbingan Nafuzi Zain dan Roshadi Wahab.

Madura United yang dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih pasukan T-Team, Rachmad Darmawan itu akan bertemu pasukan Terengganu FC pada 24 Januari dan selepas itu mengadakan perlawanan dengan pasukan Terengganu FC II pula pada 26 Januari 2020.

Pertemuan dengan Madura United ini merupakan peluang kepada ketiga-tiga pasukan dari Malaysia untuk berdepan dengan pemain naturalisasi Indonesia iaitu Beto Goncalves yang telah mempamerkan aksi cemerlang pada musim 2019 – 25 gol, 8 bantuan gol dari keseluruhan 41 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram