Ads
Maghribi Belasah Mesir 6-0 Untuk Raih Pingat Gangsa Di Olimpik
Eropah
Equipe De Maroc

Maghribi mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan bola sepak Sukan Olimpik apabila membelasah Mesir 6-0 untuk meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris.

Advertisements

Skuad Maghribi yang dikendalikan oleh Rabat – Tarik Sketioui berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-24 hasil jaringan Abde Ezzalzouli.

Advertisements

3 minit kemudian giliran pemain bernama Soufiane Rahimi pula untuk mencetak gol kedua Maghribi sekaligus menambah tekanan buat Mesir.

Advertisements
Advertisements

Mesir cuba bangkit namun beberapa percubaan gagal menerjah jaring memaksa kedudukan 2-0 kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Bilal El Khannouss terus menambah duka Mesir apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-51.

Advertisements

Soufiane Rahimi kemudian menambah gol kedua peribadi pada minit ke-64 disusuli jaringan daripada Akram Nakach pada 9 minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Kapten pasukan Maghribi, Achraf Hakimi melengkapkan kemenangan bergaya ke atas Mesir apabila menyumbang gol ke-6 pada minit ke-87 perlawanan.

Advertisements

Maghribi sah merangkul pingat gangsa dalam kejohanan sukan bola sepak di Olimpik Paris yang merupakan pingat pertama negara tersebut dalam kejohanan Olimpik ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram