Ads
Magis Bruno Fernandes Pacu Portugal Belasah Finland
Eropah
Federecao Portuguesa

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menunjukkan aksi terbaik di peringkat antarabangsa apabila membantu Portugal menundukkan cabaran Finland dalam aksi persahabatan antarabangsa awal pagi tadi.

Advertisements

Portugal di bawah kendalian Roberto Martinez menurunkan barisan terkuat walaupun tanpa kapten pasukan, Cristiano Ronaldo yang berehat sebelum melaporkan diri pada Jumaat.

Advertisements

Aksi dimulakan dengan penguasaan penuh Portugal yang dilihat lebih selesa dengan variasi hantaran yang tepat. Keadaan tersebut memaksa Finland lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements
Advertisements

Ruben Dias memberikan tuan rumah pendahuluan dengan tandukan deras dari sepakan sudut pada minit ke-17.

Bintang Liverpool, Diogo Jota melebarkan defisit gol kepada 2-0 melalui penyudah sepakan penalti selepas Francisco Conceicao dikasari di dalam kawasan pada masa kecederaan sebelum rehat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Portugal membawa masuk Bruno Fernandes bersama empat lagi pemain lagi bagi menambah kekuatan pasukan.

Fernandes tidak perlu menunggu lama untuk mencipta jaringan apabila pada minit ke-55, Fernandes membuat satu sepakan lencong yang menewaskan penjaga gol Finland, Lukas Hradecky.

Ketinggalan 0-3 memaksa Finland mencari solusi baharu dalam memburu gol apabila mereka membawa masuk penyerang berbisa, Teemu Pukki dalam usaha merapatkan jurang jaringan.

Kemasukan Pukki memberikan sengat tambahan buat Finland apabila penyerang itu meledak dua jaringan dalam tempoh lima minit iaitu pada minit ke-72 dan 77.

Walau bagaimanapun, Fernandes memastikan kemenangan selesa buat Portugal melalui penyudah jarak dekat pada minit ke-84 sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-2 memihak Portugal.

Advertisements

Portugal dijadualkan bakal berdepan Croatia pada hari Sabtu dan menentang Ireland pada minggu depan perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum memulakan kempen Piala Euro mereka pada 18 Jun menentang Republik Czech dalam Kumpulan F yang turut dihuni dua pasukan lain iaitu Turki dan Georgia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram