Magis Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon membantu pasukannya menghampiri kedudukan puncak liga.
Ulsan HD sekali lagi bertemu Gwangju tetapi kali ini bagi perlawanan ke-28 K-League di tempat lawan.
Jaguh Korea Selatan itu beraksi dengan cukup cemerlang namun hanya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Gwangju hasil gol tunggal Yago Cariello.
Kemenangan itu membolehkan Ulsan HD memintas pasukan Gimcheon yang merekodkan keputusan seri 2-2 menentang Dajeon Hana.
Bekas pengendali Harimau Malaya itu juga merakamkan kemenangan ketiga daripada 4 perlawanan yang telah diharunginya.
Ulsan HD juga berjaya mengatasi Gwangju dalam dua aksi berturut-turut sebelum turun sekali lagi berdepan lawan sama pada 28 Ogos kelak.
Momentum cemerlang ini penting kepada Ulsan HD yang bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang bermula September ini.
Kawasaki Frontale bakal menjadi lawan pertama Ulsan HD pada 18 September 2024 di Stadium Ulsan Munsu, Korea Selatan.