Mahamé Siby ‘Kereta Kebal’ Baharu Selangor
MakanBola
SELANGOR FC

Jeneral tengah Perancis, Mahame Siby sah memperkuatkan jentera tengah Selangor FC untuk separuh kedua musim 2025/26.

Perpindahan pemain tengah Perancis itu diumumkan pengurusan Merah Kuning dalam satu kenyataan di platform mereka.

“🚨𝐌𝐚𝐡𝐚𝐦𝐞́ 𝐒𝐢𝐛𝐲 #𝐈𝐬𝐑𝐞𝐝 💊. Mengalu-alukan pemain tengah Mali kelahiran Perancis kami ke dalam keluarga Merah & Kuning.”

“🔴 👋🏼 Bonjour & I ni ce, Mahame Siby! 🇫🇷🇲🇱,” kata Selangor dalam satu kenyataan di laman media sosial.

Ini kali pertama anak jati Bobigny, Perancis itu berkelana di Asia. Ini kerana beliau banyak menghabiskan karier permainannya di Eropah.

Selain Malmo, beliau juga pernah beraksi untuk FC Martigues, SC Bastia, Strasbourg, Paris FC, Valenciennes dan AF Bobigny.

Beliau menjadi rekrut pertama Selangor dalam tetingkap kedua perpindahan Liga Super sejak dibuka pada 5 Januari lalu.

Selain Siby, Selangor turut diperkuatkan dengan kehadiran semula dua pemain iaitu Alex Agyarkwa dan Safuwan Baharudin.

Kedua-dua pemain sah kembali selepas dipanggil daripada kelab pinjaman masing-masing, Negeri Sembilan FC dan Lion City Sailors (LCS).

Selain Mahamé Siby, pengurusan Selangor turut mengumumkan pelantikan pengendali baharu, Kim Pan-gon, bagi menggantikan jurulatih interim, Christophe Gamel, pada Isnin.